Dasar Pro-bumiputera Bumiputera

Dasar pro-bumiputra tertentu wujud sebagai suatu alat aksi afirmatif untuk bumiputera. Dasar sebegini termasuk kuota untuk yang berikut: kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA), kelayakan untuk biasiswa Kerajaan, jawatan dalam kerajaan dan pemilikan perniagaan. Kebanyakan dasar ini dibentuk dalam Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP). Banyaknya memberi tumpuan pada menerbitkan pemilikan saham bumiputera dalam korporat sekurang-kurangya 30 peratus. Matlamat ini asalnya dicadangkan oleh Ismail Abdul Rahman, setelah kerajaan tidak dapat mencapai persetujuan atas satu matlamat dasar yang sesuai.

Contoh-contoh dasar pro-bumiputera:

  1. Syarikat disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur mesti mencari Bumiputera untuk memenuhi sekurang-kurangnya 30% saham sebagai salah satu syarat untuk disenaraikan.
  2. Peratusan tertentu kawasan perumahan hendaklah dijual kepada Bumiputera. Pembangun rumah perlu memberikan sekurang-kurangnya 7% potongan kepada pembeli Bumiputera.
  3. Dana bersama (mutual fund) Kerajaan tertentu hanya terhad pembeliannya kepada Bumiputera sahaja.
  4. Banyak projek perlu tender kerajaan memerlukan syarikat yang menghantar tender dimiliki Bumiputera. Syarat ini mengakibatkan syarikat bukan Bumiputera bekerjasama dengan syarikat Bumiputera yang mendapat projek dengan amalan yang dikenali "Ali Baba", di mana Ali (Bumiputera) wujud semata-mata untuk memenuhi syarat ini dan Baba (bukan Bumiputera) memberi Ali jumlah tertentu sebagai pertukaran. Projek-projek terhad kepada Melayu bagi mereka menimba pengalaman di berbagai-bagai bidang. Namun projek-projek tersebut selalunya dijual kepada bukan Melayu kerana pentendernya tidak berminat (atau malas) bekerja, dan hanya berminat untuk memenangi kontrak sahaja (untuk duit cepat).
  5. AP kereta diberi khasnya kepada Bumiputera untuk mengimport kereta. Syarikat pengedar kereta yang berhajat membawa masuk kereta perlu mendapat AP (permit). AP asalnya diwujudkan untuk membenarkan Bumiputera mengambil bahagian dalam industri kereta. Pada 2004, the Edge (suatu akhbar perniagaan Malaysia) menjangka bahawa setiap keping AP bernilai lebih kurang RM35,000. The Edge juga menjangka bahawa Nasimuddin Amin, pengerusi Naza Group menerima 6,387 keping pada 2003, menjadikannya penerima AP terbesar. 12,234 keping AP diisu pada 2003. Tambahan pula, pembuat kereta asing diwajibkan membayar antara 140% dan 300% duti import. Ekoran dasar-dasar ini, banyak jutawan Bumiputera lahir dengan senangnya daripada hubungan mereka.